PINTAAN seorang lelaki supaya diberikan nugget ayam percuma menarik 3 juta retweet, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh selebriti Hollywood, Ellen DeGeneres.
Menurut BBC, Carter Wilkerson membuat permintaan 'mengarut' berkenaan kepada akaun Twitter rangkaian makanan, Wendys 5 April lalu.
Semalam, tweet oleh Carter berjaya menarik 3,490,249, memecahkan rekod Ellen untuk tweet swafoto selebriti Hollywood pada Anugerah Oscars pada 2014.
Selepas Carter mendapat sokongan berjuta-juta pengguna Twitter, Wendys akhirnya bersetuju untuk memberikan bekalan nugget ayam selama setahun kepada pemuda berkenaan. - SH