Rusia Bedil Misil Ke Sasaran Daesh Di Syria



MOSCOW – Kapal tempur dan kapal selam Russia melepaskan bedilan peluru berpandu ke arah sasaran militan Daesh sekitar Palmyra di Syria dari Mediterranean, serangan pertama seumpamanya dalam masa beberapa bulan.

Kapal Admiral Essen dan kapal selam Krasnodar melancarkan empat serangan terhadap perkakasan ketenteraan dan anggota Daesh yang meninggalkan bandar raya Raqa yang diumumkan sebagai ibu negara pergerakan itu.

“Semua serangan menepati sasaran,” kata kenyataan tentera tanpa menjelaskan bila serangan berlaku.

Moscow berkata, tentera Amerika Syarikat, Turki dan Israel dimaklumkan mengenai pelancaran peluru berpandu itu menerusi rangkaian komunikasi sedia ada Presiden Vladimir Putin diberi taklimat mengenai kejayaan serangan itu oleh Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu, kata Kremlin.

Russia melancarkan kempen pengeboman sejak 2015 dalam membantu Presiden Bashar al-Assad dan kontinjen tentera laut ditempatkan di timur Mediterranean bagi meningkatkan bekalan kekuatan. – AFP/BH ONLINE

Subscribe to receive free email updates: