KUCHING: Pengalaman sejak 45 tahun penubuhannya menjadikan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) badan yang paling layak memikul tanggungjawab menerajui cadangan pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) di bandar raya ini.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, dengan pengalaman SEDC, saya telah mengarahkan SEDC menjadi pemain utama dalam membina LRT iaitu sistem pengangkutan bandar.
"Walaupun kita masih ada bas rapid di bandar raya ini, tetapi kita masih memerlukan LRT dalam meningkatkan pengangkutan iaitu dari Serian hingga ke Damai.
"Pembinaan LRT bukan sahaja bertujuan memberi manfaat kepada penduduk tempatan, tetapi juga sektor pelancongan di negeri ini," katanya dipetik Utusan Borneo
Beliau berkata, SEDC telah berjaya menyumbang kepada banyak pembangunan ekonomi serta mengubah landskap ekonomi.
Beliau berkata, SEDC telah berjaya menyumbang kepada banyak pembangunan ekonomi serta mengubah landskap ekonomi.
"Sejak ditubuhkan pada tahun 1972 hingga kini, SEDC banyak berkhidmat kepada rakyat iaitu selama 45 tahun serta banyak memberi ruang dan peluang perniagaan kepada rakyat di negeri ini," katanya ketika majlis sambutan Ulang Tahun ke-45 SEDC.
Tambah beliau, SEDC turut bertanggungjawab membangunkan industri di negeri ini termasuk menjadi pemain utama dalam cadangan pembinaan loji metanol di Bintulu. - Sarawakiana