KUCHING: Parti Demokratik Progresif (PDP) dijangka mengadakan Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) yang pertama sebelum Ogos tahun ini.
Memetik laporan The Borneo Post, Setiausaha Agungnya, Datuk Anthony Nogeh berkata, parti tersebut kini boleh mengadakan TGA selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran anama.
"Kita sepatutnya mengadakan TGA pada Mac tetapi ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran ROS. Sekarang ROS meluluskan pertukaran nama kepada PDP, kita merancang mengadakan TGA sebelum Ogos," katanya.
Nogeh yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata, venue dan tarikh TGA tersebut bagaimanapun masih belum diputuskan.
Pada Oktober tahun lepas, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) meminda nama kepada PDP susulan hasrat parti tersebut membuka cawangan di Semenanjung Malaysia sebagai sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).
PDP bagaimanapun tidak berhasrat untuk bertanding dan kekal sebagai parti tempatan Sarawak.
Menurut Nogeh lagi, semua jawatan terbuka untuk pertanding pada TGA tersebut.
Beliau menjelaskan, bekas ahli Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang diterima masuk ke dalam PDP juga boleh bertanding sebarang jawatan.
Nogeh enggan mengulas mengenai bekas ahli Teras yang diterima masuk.-Sarawakiana