Pada 21 Julai 2015, SPRM menahan seorang lelaki bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid dalam siri tangkapan beberapa orang saksi untuk membantu siasatan ke atas 1MDB. Berita itu dilaporkan secara meluas di dalam dan luar negara, seperti mana laporan dari Straits Times yang boleh dicapai di http://ift.tt/2p8WwvG
Beliau adalah salah seorang dari 5 orang yang ditahan oleh SPRM sepanjang siasatan ke atas 1MDB sebelum siasatan itu ditamatkan serta merta apabila Peguam Negara ditukar, kepimpinan siasatan ditukar dan akhirnya badan siasatan bersama 4 agensi (Peguam Negara, SPRM, PDRM dan Bank Negara dibubarkan.
Saya telah menyemak seberapa banyak sumber dan rujukan awam. Setakat ini tidak ada satu laporan pun yang memberi gambaran peranan Ariffin Ismail Shahul Hamid dan kenapa beliau ditahan di dalam siasatan tersebut.
Dengan bocornya dokumen yang dimuatnaik oleh SPRM Insider yang saya mula dedahkan sejak semalam, peranan dan penglibatan Ariffin Ismail Shahul Hamid menjadi begitu jelas dan mengesahkan kenapa beliau antara orang yang paling awal ditahan oleh SPRM dua tahun lalu.
Pada 9 Januari 2015, sebanyak RM39.7 juta dipindahkan dari akaun SRC ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Pada hari yang sama (9 Januari 2015), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd mengeluarkan 7 cek kepada sebuah perniagaan persendirian bernama Mail Global Resources, setiap satu cek bernilai RM5 juta menjadikan jumlah cek kepada Mail Global Resources bernilai RM35 juta pada hari itu.
Di antara 15 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015, pemilik Mail Global Resources yang bernama Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM35 juta dengan menunaikan cek tunai kepada diri beliau sendiri; iaitu 69 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu, 1 keping cek tunai bernilai RM400,000 dan 1 keping cek tunai bernilai RM100,000.
Pada 24 Disember 2014, SRC memindahkan RM40 juta ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Pada hari yang sama (24 Disember 2014), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 29 Disember 2014, sejumlah RM8 juta dipindahkan ke akaun berlainan di dalam Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Pada 30 Disember 2014, RM8 juta yang dipindahkan ke akaun berlainan telah dipindahkan pula dari Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada Mail Global Resources.
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd telah mengeluarkan 7 keping cek bernilai RM7 juta setiap satu kepada Mail Global Resources, menjadikan jumlah pindahan kepada Mail Global Resources sebanyak RM35 juta.
Pada 31 Disember 2014, pemilik Mail Global Resources iaitu Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM8 juta dengan menunaikan 16 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu.
Read More / Baca Lagi >>