SPAD berbincang dengan Uber mengenai keselamatan pengguna



KUCHING - Satu perbincangan antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Uber sedang dijalankan bagi memperhalusi kaedah terbaik memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna perkhidmatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya mengambil maklum kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita baru-baru ini biarpun kejadian itu diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami tidak lepas tangan, pihak SPAD sudah bertindak, hari ini mereka (SPAD) ada perbincangan dengan Uber dan saya sendiri akan berjumpa dengan pihak Uber petang esok untuk berbincang apa lagi yang boleh dilakukan.

"Sekarang ini Uber belum dilesen atau belum regulate(dikawal selia) sebab itu kita tidak dapat ambil tindakan undang-undang. Tindakan hanya boleh diambil oleh polis kerana itu kes jenayah (dan) kerana kita dengan Uber buat masa ini belum ada pertalian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong pada 21 Mei lalu. - Bernama



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :