Tak betul dakwaan negara perlukan GST, kata Rafizi

Beliau berkata kutipan cukai pendapatan sebenarnya lebih dari secukupnya.
rafizi-ramli-gstSUBANG JAYA: Naib Presiden Rafizi Ramli menghentam pakar ekonomi yang menyokong hujah negara perlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana statistik kementerian kewangan mengatakan tidak.
Januari lepas, Malay Mail Online memetik Firdaus Rosli, felo ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia berkata “tidak munasabah” melayan idea memansuhkan GST apabila defisit belanjawan melebar lagi.
“Saya ingin tahu dari mana ahli ekonomi ini mendapat data mereka sebab saya dapat data dari perbendaharaan,” kata Rafizi.
Bercakap di majlis pelancaran bukunya “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)”, Rafizi berkata statistik dari kementerian kewangan menunjukkan cukai pendapatan negara terbukti setanding negara lain, menyangkal “amat memerlukan” GST.
“Statistik menunjukkan kutipan cukai pendapatan sejak 2 tahun lalu meningkat. Tahun depan, ia dijangka naik. Begitu juga di negara lain.
“Jadi dari mana hujah mengatakan asas pendapatan kita terlalu kecil hinggakan kita perlu GST?
“Ia adalah satu pembohongan.”
Rafizi berkata seorang profesional tidak sepatutnya memberikan gambaran salah kepada rakyat.
“Saya faham kalau ia dari (Datuk) Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) dan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri dan menteri kewangan) kerana mereka tidak faham pun, tetapi bagaimana pula dengan para ahli ekonomi?”
Bulan lepas, theSundaily melaporkan Najib sebagai berkata janji pembangkang memansuhkan GST berdasarkan kepada keperluan politik bukannya realiti.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :