Terkejut Terima Kunjungan PM


SANDAKAN: “Sebaik dimaklumkan Datuk Seri Najib Razak akan datang ke rumah, saya terkejut dan sedikit gementar.

“Ini kerana seumur hidup saya, belum pernah lagi saya menerima kunjungan pemimpin besar negara,” kata Jumah Abdul, 57, penduduk Kampung Sim-Sim, semalam.

Jumah seorang pesakit kencing manis yang tidak mampu berjalan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda berkata, dia amat terkejut apabila mendapat tahu Perdana Menteri akan singgah di rumahnya.

“Saya sungguh terharu dengan kehadiran Datuk Seri Najib. Beliau juga sempat memberikan cenderahati kepada saya ketika berkunjung tadi (semalam),” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) yang menyumbangkan kerusi roda baru untuk kemudahannya.

Selain Jumah, Najib turut melawat seorang warga emas wanita Banrun Mohammad, 82, yang sudah uzur dan menetap di kampung sama.-myMetro

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :