2. Tumpuan ialah kepada menjatuhkan rejim Najib. Seluruh rakyat sedar bahawa rejim pimpinannya telah merosakkan negara. Kerosakan ini berlaku dalam semua bidang.
Politik
3. Dalam politik negara Najib telah hancurkan demokrasi sehingga Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi; iaitu Kerajaan dipimpin oleh penjenayah yang melesapkan kewangan negara; Kerajaan yang tidak berpandu kepada undang-undang; Kerajaan yang menekan rakyat secara zalim; yang membelakangkan keadilan; yang tidak hormati perpisahan antara legislative (pembentuk undang-undang) dengan executive (pelaksana dasar dan undang-undang) dan judiciary (kehakiman). Ketiga-tiga ini dikuasai oleh Najib sebagai ketua Kerajaan dari pihak pembuat undang-undang.
Ekonomi
4. Ekonomi Malaysia rosak teruk kerana rasuah, peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan penambahan kakitangan Kerajaan yang tinggi; belanjawan yang tidak bijak yang menumpu kepada mendapat sokongan popular kepada Perdana Menteri khususnya, pinjaman terlalu besar dan dasar yang menekan swasta. Hari ini beban hutang tidak dapat dibayar oleh Kerajaan.
Sosial
5. Kos sara hidup rakyat meningkat kerana cukai G.S.T. dan kejatuhan nilai Ringgit yang teruk. Pengangguran meningkat termasuk dikalangan lulusan universiti.
6. Pelaburan asing terhad kepada pembelian tanah untuk dibangun bandaraya oleh kontraktor luar dengan mengguna bahan dan pekerja dari negara kontraktor. Kos pelajaran dan rawatan meningkat tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh kebanyakan rakyat.
7. Semua bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial yang telah jadi buruk kerana dasar dan pengurusan Najib akan menjadi lebih buruk lagi jika Najib terus berkuasa.
8. Hanya jika Kerajaan pimpinan Najib diganti dengan kerajaan baru sahaja barulah boleh keadaan politik, ekonomi dan sosial dipulih semula.
9. Bolehkah kita yakin Kerajaan yang mengganti dapat mentadbir dengan lebih baik dari Najib? Sesungguhnya tidak ada Kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti Kerajaan Najib.
10. Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah Kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara. Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota Kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>