Wan Azizah akui pimpin sementara, Anwar bakal jadi PM


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika diwawancara oleh pengacara Mehdi Hassan dari stesen televisyen Al Jazeera.Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika diwawancara oleh pengacara Mehdi Hassan dari stesen televisyen Al Jazeera.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui hanya menjadi pemimpin sementara untuk menunggu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada penjara dan kemudiaan memberi laluan untuk menjadi perdana menteri.
Dalam wawancara dengan Al-Jazeera, Wan Azizah diasak pengacara terkenal Mehdi Hasan yang mempersoalkan langkahnya sanggup berundur bagi memberi laluan kepada Anwar yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mehdi bertanya kepada Wan Azizah adakah beliau sanggup menjadi pemimpin sementara untuk suaminya dan mengekalkan jawatan selaku ketua pembangkang sekarang ini semata-mata untuk Anwar.
“Tidak mengapa. Jadi kamu menerima bahawa kamu pemimpin sementara untuk suami kamu? Kamu mengekalkan kerusi panas itu untuk beliau kembali semula? (That’s fine. So you’re accepting then you’re a seat warmer for your husband? You’re keeping the seat warm for him to come back?)” soal Mehdi seperti dilapor Malaysiagazette.
Wan Azizah dengan nada bersahaja menjawab “tidak kisah” dan mengakui itu sememangnya rancangan politik pembangkang untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.
“Saya tidak kisah. (I don’t mind. Yeah),” jawab Wan Azizah.
Mehdi juga bertanya kepada Wan Azizah mengapa sanggup membuat langkah sedemikian walaupun menyedari Anwar kini masih di penjara.
Wan Azizah menjawab ia tidak menjadi masalah kerana Anwar seorang pemimpin lebih baik dan seorang pentadbir yang berkelayakan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :