DUBAI: Kerajaan Bahrain dilaporkan menggantung penerbitan satu-satunya akhbar harian bebas di negara itu, al-Wasat kerana dianggap telah menghina ‘kemesraan yang terjalin antara negara-negara Arab’.
Agensi berita BNA melaporkan, ini kali kedua akhbar berkenaan digantung sepanjang tahun ini.
BNA turut memetik kenyataan Kementerian Penerangan Bahrain sebagai berkata, tindakan al-Wasat yang mengulangi penerbitan artikelnya ‘boleh memecahbelahkan masyarakat serta memberi kesan (negatif) terhadap kerajaan Bahrain dan negara-negara lain’.
Kementerian terbabit bagaimanapun tidak memperincikan artikel yang dimaksudkan itu serta alasan sebenar penggantungan penerbitan akhbar terbabit ketika ini.-REUTERS