LAIWU (CHINA): Seorang pemandu sangat bernasib baik kerana masih hidup walaupun badannya ditembusi batang besi dalam satu kemalangan di bandar ini baru-baru ini.
Satu rakaman video menunjukkan lelaki itu terlekat di tempat duduk keretanya selepas dadanya ditembusi batang besi sepanjang hampir dua meter.
Pemandu itu dilihat masih sedar dan bercakap dengan anggota bomba yang berusaha memotong batang besi berkenaan.
Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar pagar besi.
Rempuhan kuat itu menyebabkan satu batang besi menembusi cermin hadapan kereta sebelum menusuk badan mangsa.
Anggota bomba terpaksa memotong batang besi berkenaan kerana bimbang mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih parah sekiranya ia ditarik keluar.
Selepas batang besi itu dipotong, lelaki itu dipapah keluar dari kereta menuju ke sebuah ambulans untuk dibawa ke hospital.
Doktor memberitahu, batang besi itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan.
Katanya, lelaki itu terselamat kerana batang besi berkenaan tidak mengenai organ penting dalam badan mangsa.-Agensi
Related Posts :
Kita Sibuk Dengan Covid-19, Setpol Muhyiddin, Saiful Adli, Sibuk Jual Ladang PT Pinang Witmas Sejati (PWS) Milik Kerajaan Perak Pada Taukey Cina Bawah Harga Pasaran!!!
Teman ingat lagi masa Muhyiddin umumkan senarai menteri kabinet Pakatan Harapan, dengan poyo dan senyum simpul, Muhyiddin beritahu semua y… Read More...
Abah.. Anda Gagal Menyedari....
Semasa saya menulis warkah ini - terdapat 400 pesakit positif Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth, hospital rujukan tertiari Sabah… Read More...
COVID-19: Sekolah Tempat Lebih Selamat - Timb. Menteri
Sekolah masih dianggap sebagai kawasan selamat untuk pelajar, justeru kerajaan tiada cadangan untuk menutupnya kecuali bagi lokasi yang me… Read More...
Zaiton Merengek Pada Gabenor BNM Untuk Sokong Lanjutkan Kontrak Dengan Bank Pembangunan Malaysia
Kontrak Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia (BPM), Datuk Zaiton Mohd Hassan, sudah sampai ke penghujung.
Dalam diam-diam, sahabat baik G… Read More...
Dah Kena Sound Dengan Agong Pun Bang Non Masih Nak Meroyan...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Certot Anwar Ibrahim kemaruk nak jadi Perdana Menteri dah jadi 'non end story' pada kita semua.
Kalau dulu, admin beri perhatian juga bi… Read More...