Diconteng Kerana Halang Kenderaan


KOTA KINABALU: Polis belum menerima laporan daripada pemilik sebuah kereta yang menjadi mangsa contengan kerana menghalang kenderaan lain di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas sehingga tersebar luas di laman sosial Facebook sejak tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kawasan sekitar kenderaan itu kini dipantau rapi.

"Belum ada laporan polis dibuat oleh pemilik kereta itu kerana menghalang kenderaan lain di hospital berkenaan.

"Bagaimanapun, kawasan sekitar dipantau polis dan dalam keadaan terkawal," katanya di sini, hari ini. Berdasarkan akaun Facebook milik Sabah Viral, kejadian dipercayai semalam manakala kenderaan diconteng itu menjadi viral sejak tengah hari tadi.

Kenderaan putih itu diconteng menggunakan pen 'marker' dengan pelbagai perkataan termasuk 'I will always love you'.

Setakat jam 7 malam tadi, gambar kenderaan yang diconteng itu menerima lebih 200 komen. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :