Dua Maut Tali Helikopter Rosak


VIENNA: Seorang anggota penyelamat dan seorang pendaki gunung wanita maut di pergunungan Alps Austria selepas tali yang digunakan menarik mereka ke dalam helikopter menjadi longgar menyebabkan mereka terjatuh.

Sebelum itu, dua pendaki, lelaki dan wanita, menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas mereka berdepan kesukaran berhampiran Trofaiach di selatan Austria.

Helikopter mengesan pasangan itu dan seorang anggota penyelamat gunung, diturunkan dari helikopter untuk membawa mereka naik.

Namun ketika ketiga-tiganya ditarik, tali tidak berfungsi dan mereka jatuh dari jarak agak tinggi ke dalam gaung, kata jurucakap polis, Madeleine Heinrich.

Pendaki wanita itu maut manakala rakannya cedera serius.

Begitupun, nama dan kerakyatan mereka tidak diumumkan. Operasi menyelamat besar-besaran membabitkan dua lagi helikopter dan kru perubatan terhalang akibat cuaca buruk. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :