WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berjaya 'mencipta' satu perkataan baharu sehingga menyebabkan masyarakat 'tepuk dahi'.
Dalam satu tweet lewat pagi, Trump menulis di dalam akaun twitternya, "Despite the constant negative press covfefe" (walaupun akhbar berterusan memberikan negatif...) membuatkan ramai bingung dengan maksud 'covfefe' lapor, USA Today.
Ada yang berpendapat bahawa beliau tersilap taip perkataan 'coverage' kepada 'covfefe' bagaimanapun tweet tersebut telah dipadam dari laman tersebut.
Bagaimanapun, Trump tetap memuat naik satu lagi tweet mengatakan "Who can figure out the true meaning of covfefe? enjoy!" (Siapa yang boleh meneka maksud sebenar 'covfefe'?).
Pemenang 'Spelling Bee' negara itu, Ananya Vinay, 12 tahun dari Fresno nyata terkejut apabila diminta mengeja 'covfefe' sewaktu muncul sebagai tetamu di rancangan New Day CNN.
Dalam satu segmen dia diminta untuk lakonkan kembali keadaan semasa pertandingan tersebut di mana hos rancangan itu menyuruh dia mengeja perkataan itu, Vinay kemudiannya mempunyai masalah memahami maksud 'covfefe' itu sendiri.
Vinay tertinggal satu perkataan 'v' namun cubaanya itu mendapat pujian daripada hos rancangan itu. - SH