DUBAI: Syarikat penerbangan milik kerajaan UAE, Etihad Airways hari ini mengumumkan akan menggantung semua penerbangan memasuki dan keluar dari Qatar sehingga dimaklumkan kelak.
Penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha adalah pada pukul 02:45 pagi waktu tempatan pada Selasa, menurut satu kenyataan jurucakap penerbangan itu menerusi satu emel hari ini.
Tindakan diambil susulan keputusan Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong aktiviti pengganas. - Awani