PARIS – Polis di ibu kota Perancis dikejutkan dengan satu insiden serangan di gereja besar terkenal Notre Dame dan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan tersebut buat sementara waktu.
Demikian menurut jurucakap polis Paris dalam satu kenyataan media dimuat naik menerusi laman sosial Twitter lewat Selasa. Suspek bersenjatakan tukul besi dan pisau itu dikenal pasti sebagai pelajar berasal dari Algeria.
Stesen tempatan BFM TV melaporkan bahawa seorang pegawai polis sempat menembak seorang lelaki yang cuba menyerangnya dengan tukul tersebut dan suspek kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.
Polis kemudian mengesahkan salah seorang daripada pegawainya turut cedera tetapi tidak begitu serius dan perkara tersebut turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb ketika ditemui pihak media.
Kawasan di hadapan gereja itu sudahpun dikepung. Notre Dame yang siap dibina pada tahun 1345 dengan seni bina Gothic amat terkenal dalam kalangan pelancong asing sehingga menyaksikan pelawat beratur panjang untuk masuk.
Media Perancis melaporkan ramai pelancong luar yang cemas dilihat berlari mencari tempat perlindungan sewaktu serangan dramatik itu berlaku. Suspek turut kedengaran menjerit dengan kuat: “Ini adalah demi Syria!”
Paris kini terus diletakkan dalam pantau keselamatan tinggi selepas pelbagai serangan pelampau Islam berlak