Pesawat Ringan Rempuh Gunung


TOKYO: Empat terbunuh apabila pesawat Cessna terhempas ke kawasan pergunungan di tengah Jepun, kata polis tempatan semalam.

Menurut polis, pesawat ringan yang membawa empat penumpang itu terjunam ke Apls Utara Jepun di Tateyama pada Sabtu lalu.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada lelaki dipercayai seorang daripada mangsa yang berada dalam pesawat itu.

Semua mangsa ialah lelaki berusia 21 hingga 57 tahun.

“Dua orang, termasuk juruterbang tidak sedarkan diri manakala dua lagi masih dalam keadaan sedar,” kata pegawai wilayah Toyama selepas menerima panggilan kecemasan itu.

Namun cuaca buruk dan kabus tebal menyukarkan operasi menyelamat dan menghalang pekerja keselamatan, termasuk helikopter, daripada mengesan pesawat berkenaan, kata polis.

Empat belas jam selepas panggilan kecemasan diterima penyelamat akhirnya mengesan pesawat itu pada ketinggian kira-kira 2,300 meter.

Semua mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati, kata polis.-AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :