Bergaduh sebab hutang pil kuda


KOTA BHARU – Gara-gara bertengkar tentang masalah hutang pil kuda, seorang pemuda menerima 23 jahitan pada muka dan lengan selepas dilibas dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Bunut Payung, Banggol Kulim, Machang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, Muhamad Zaqwan Che Zainal, 21, cedera pada muka dan le­ngan diserang oleh seorang lelaki yang dikenali mangsa sebagai Abu Telekong.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, mangsa sedang berbual dengan seorang lelaki lain yang dikenali Pok Su sebelum didatangi suspek yang datang menaiki motosikal.

“Suspek kemudian berbual pula dengan mangsa dan telah menuduh mangsa mengambil wang hasil daripada jualan dadah pil kuda daripada seorang rakannya yang dikenali Mirul.

“Suspek yang tidak berpuas hati bertindak mengeluarkan sebilah pisau rambo dan cuba menikam mangsa, namun mang­sa sempat mengelak sebelum suspek melibas pisau tersebut ter­kena muka dan lengan mang­sa,” katanya di sini semalam.-KosmoOnline



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :