Siswa maut langgar belakang lori

Siswa maut langgar belakang lori
Keadaan mayat mangsa di tempat kejadian.
 
 
BEHRANG - Seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar Behrang Ulu-Behrang Stesen, semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa, Nurul Fizatul Atiqah Hussain, 22, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian.

Katanya, kejadian berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki yang juga kontraktor sebuah syarikat utiliti memberhentikan kenderaannya di bahu jalan atas urusan penyelenggaraan kabel elektrik.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :