Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw naik berang apabila terdapat konpirasi terancang mengalahkan beliau dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada tahun 2012.
“Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP, Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi.
“Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal,” dedah DAP Insider dalam pendedahan bertajuk “Bermulanya penipuan dalam CEC ke-16”
Dr Tan Seng Giaw adalah salah seorang tokoh DAP yang termasuk dalam ‘inner circle’ keluarga Lim dan beliau termasuk dalam kumpulan lima harimau iaitu Teng Chang Kim (Selangor), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak)
DAP Insider mendedahkan keluarga Lim melalui dua konco mereka Anthony Loke dan Tony Pua telah ditugas untuk memanipulasi undi bagi memastikan kumpulan anti-Lim tewas dalam pemilihan itu.
“Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku kelewatan yang ketara.
“Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah.
“Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua,” dedahnya.