Pas harus memeterai perjanjian baharu dengan PKR dan DAP jika mahu dilihat bermaruah untuk terus berada dalam kerajaan Selangor, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, jika Pas tidak berbuat demikian parti itu akan terus dilihat mahu mengambil kesempatan dan peluang berada dalam kerajaan Selangor.

"Rakyat memahami bahawa yang 'menceraikankan' hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP ialah Pas oleh itu saya tidak mahu lihat 'parti saya' dan sahabat-sahabat saya dari 'parti saya' akan terus ditertawakan rakyat dan dilihat mahu ambil kesempatan dan peluang berada dalam kerajaan Selangor.
"Sedangkan Pas telah isytihar akan menentang PKR dan DAP pada PRU14 nanti," kata Mahfuz dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pas Selangor bahawa rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai Pas dalam PRU13 di negeri itu.
Menurut Mahfuz, PR adalah tahaluf siyasi tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP selepas PRU12 yang mengangkat kemenangan parti pembangkang sehingga dapat menguasai beberapa negeri.
Kesinambungan kerjasama antara tiga parti atas suara PR terus terjalin hingga kepada penyertaan dalam PRU13 yang lalu.
Namun jelasnya, tahaluf siyasi ini terungkai satu demi satu apabila Pas mengambil keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamarnya di Kuala Selangor dan disahkan pula oleh Majlis Syura Ulamak Pas.
Ini katanya berlaku walaupun dalam masa yang sama pimpinan Pas masih mempertahankan kedudukan dalam kerajaan PR Selangor atas alasan PR masih wujud kerana Pas bekerjasama dengan PKR.
"Akan tetapi dalam keadaan ikatan hubungan masih terjalin di Selangor, terkini 'parti saya' juga telah memutuskan hubungan dengan PKR melalui keputusan muktamar di Kedah dan disahkan pula oleh Majlis Syura Ulamak.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Dr M musuh utama Melayu, kata Pemuda UmnoNaib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menggelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh utama Melayu y… Read More...
Adakah DAP telah berubah?
Oleh Wan Hamidi Hamid
SEJAK ditubuhkan pada 1966, DAP memilih jalan berparlimen sebagai amalan perjuangannya. Ia bermakna ia berpega… Read More...
Pembangkang tak kuat, tetapi Umno lemah akibat berpecah sembang ZahidBeliau berkata, jika semua pihak bersatu padu, Sungai Petani akan menjadi milik Umno.
SUNGAI PETANI: Ahli Umno diingatkan tidak lagi berpeca… Read More...
PPBM: Umno halalkan gengsterisme dengan sindiran ‘kerusi terbang’Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Umno tidak melihat tindakan melontar kerusi ke arah Dr Mahathir Mohamad sebagai pe… Read More...
'Bincang dengan PAS tiada kaitan dengan HARAPAN'Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan PAS, walaupun tidak disenangi sekutu lain dal… Read More...