Dua tahun berlalu selepas Tan Sri Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara.
Bagaimanapun, keputusannya membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan dana RM2.6 bilion dan 1MDB terus menghantuinya.

Pengkritik mendakwa pelantikannya menggantikan Tan Sri Gani Patail, yang tidak disambung perkhidmatan atas alasan kesihatan, dengan tujuan untuk menutup skandal 1MDB.
Apandi dan kerajaan bagaimanapun menafikannya.
Dalam wawancara dengan
Malaysiakini, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkongsi pandangan berkaitan cara Apandi menangani isu 1MDB.
Menjawab soalan, beliau bersetuju Apandi patut lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), berbanding menolak saman Jabatan Keadilan (DOJ) AS dengan alasan bermotifkan politik.
“Idealnya, beliau patut (bekerjasama) kerana kita bercakap berkaitan keadilan dan hak-hak individu,” katanya.
Abu Talib membangkitkan kes ahli perniagaan Eric Chia yang menyaksikan peguam negara ketika itu pergi ke seluruh pelosok dunia bagi mengutip bukti bagi menyokong pendakwaan terhadapnya.
Related Posts :
Dato Husam Musa Di Dialog Rakyat Pakatan Harapan Tumpat
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...
DAPigs ANGGAP, PENYAKIT MP RAUB TIADA KAITAN DENGAN PARTI!!!
Begitulah nasib mereka yang menyertai DAPigs itu rupanya. Pucuk pimpinan parti tidak mempedulikan mereka biarpun mereka sudah menjadi wakil… Read More...
BEBASKAN HANA ELITE DARI MUFLIS - WATIE DIPERINTAH BAYAR RM102,490.05
Bagi membersihkan status rakan kumpulannya, Hana atau nama sebenar Norhanasafiza Mat Adnan, 39, yang diisytiharkan muflis sejak 2013, bekas… Read More...
GOSIP DENGAN 'DATUK': "TERBUKA BERKAWAN, TAK PANDANG STATUS"- EMMA MAEMBONG
"Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati u… Read More...
MAAFKAN JOY REVFA - HAFIZ HAMIDUN MAHU TERUSKAN KEHIDUPAN BARU
"Saya rasa dalam isu rumahtangga ini kita kena jadi ikhlas dan jujur. Saya rasa apa yang saya buat sebelum ini, yang saya ini tak berguna, … Read More...