Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa 13 nama-nama tersebut telah mengunakan alamat bangunan Umno Bukit Katil walaupun lot-lot di situ tiada penyewa kerana ia dijadikan bangunan Umno sebaik ia siap dibina.
"Kawasan penempatan di taman tersebut iaitu sederet ruma hteres mempunyai nomor ganjill bermula dari nombir 1 hingga ke nombor 23.
"Sedangkan bangunan pejabat yang diduduki oleh Umno Bahagian Bulit Katil mempunyai nombor genap bermula dari nombor 2 dan berakhir dengan nombor 8.
"Kesemua 13 nama tersebut adalah dipindak masuk atau ditukar alamat ssepert yang tecatat dalam RDPT suku kedua 2017 itu," ujarnya dalam kenyataannya.
"Adalah suatu yang tidak disengajakan bila premis tempat nama-nama itu didaftarkan untuk berpindah terletak di premis pejabat Umno Bukit Katil?," soalnya lagi.
Shamsul juga berkata, terdapat pertukaran alamat oleh pengundi di ibupejabat Polis, Balai-balai Polis serta kem Tentera dan kem Wataniah yang juga adalah pengundi pos dan pengundi awal.
"Berdasarkan RDPT suku kedua 2017 itu terdapat seramai 46 orang pemilih berpindah masuk ke IPK manakala bilangan yang berpindah keluar cuma seramai 10 orang.
"RDPT suku pertama 2017 juga menunjukkan seramai 157 orang berpindah masuk ke IPK sementara bilangan berpindah keluar seramai 49 orang sahaja.
"Persoalannya mengapa langkah berpindah masuk lebih tinggi dari berpindah keluar kerana sepatutnya jumlah itu sama?
"Adakah IPK Melaka menambah keanggotaan dengan begitu mendadak di dalam tempoh 6 bulan iaitu hampir seramai 200 anggota berbanding dengan 60 orng yang berpindah keluar?" soalnya lagi.