Heh! Kalau sebelum ni, Si Azmin tu kecut buah kerandut nak tandatangani Ikrar Bebas Rasuah sebab takut dia pun terjebak sama diheret ke mahkamah. Kali ini, giliran Si Guan Eng tu pulak.
Tapi dengan Si Guan Eng ni, kita takde la heran sangat kenapa dia takut nak tandatangani ikrar tersebut memandangkan dia memang dah ada kes rasuah dan salahguna kuasa sebelum ini.
Namun, tindakan yang dilakukan oleh Rejim DAPigs pimpinan Si Guan Eng tu membuktikan bahawa Pakatan Haprak tu masih tidak serius nak menangani gejala rasuah dalam pentadbirannya.
Tindakan itu membuatkan SPRM kesal dengan Rejim pimpinan Guan Eng menandatangani IBR yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, kerajaan negeri pembangkang itu sepatutnya menunjukkan kepada rakyat bahawa ia memandang serius isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.
“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar bahawa mereka sendiri ada komitmen serta keberanian untuk menyatakan mereka tolak dan benci rasuah.
“Jadi saya rasa peliklah kalau negeri-negeri lain boleh (tandatangan IBR), Kelantan dan Selangor juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR tinggal satu negeri sahaja (yang enggan menandatangani IBR). Terpulanglah pada rakyat untuk menilai tentang isu ini,” katanya kepada pemberita.
Rabu lepas, Rejim DAPigs Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kenyataan itu susulan kenyataan Dzulkifli pada Isnin lepas bahawa tiga negeri di bawah pimpinan Pakatan iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, terpulang kepada kerajaan Pulau Pinang sama ada masih mahu ‘berdegil’ untuk tidak menandatangani IBR atau sebaliknya memandangkan ia bukan satu perkara yang wajib.
Pokok pangkalnya, tindakan Rejim DAPigs Guan Eng dan Rejim Pakatan Azmin membuktikan bahawa mereka ni jenis yang Takut Bayang - Bayang sendiri. Menuduh orang lain je yang diorang pandai. Bila suruh diorang buat, habis kecut buah kerandut dibuatnya!!!