Parti AMANAH jangan ikut kelaku Pas yang keji

PAS Perak menfailkan tiga petisyen pilihan raya umum ke-13
(PRU13) di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada 13 Jun 2013
 Dalam PRU13 lalu, terdapat beberapa kes dimana PAS kalah tipis dan terdapat bukti bahawa pihak lawan mengamalkan rasuah politik. Maka Pas telah mengarahkan ahlinya supaya memfailkan petisyen ke mahkamah dengan janji bahawa Pas akan bertanggungjawap keatas segala risiko.

 Malangnya apabila kes dibawa ke mahkamah, mereka kalah dan didenda dengan jumlah yg tidak masuk akal dan Pas pula berlepas tangan tidak mahu bertanggungjawab ke atas janji untuk menanggung semua kos dalam petisyen.

 Pas tidak bersikap adil dan wajar

Jelas sikap Pas yang munafik, mengaku memperjuangkan Islam tetapi mungkir janji dan tidak mahu bertanggung jawab!

 PAS adalah zalim… Memang kita lihat jelas betapa zalimnya Pas dalam perkara ini kerana menyebabkan ramai dikalangan bekas aktivis ini akibat mengikut arahannya tetapi kini telah teraniaya kerana terpaksa menghadapi diisytiharkan MUFLIS sekiranya tidak dapat melangsaikan denda akibat kalah petisyen.

 Penginayaan sebegini turut diberlaku keatas seorang sahabat bernama Ridzuan Asit dari Kuala Kangsar yang beritanya tersiar di sini . Dia adalah seorang pesara warden Penjara Taiping yang tidak berkemampuan dan serba kekurangan. 

 Tetapi bagaimana pula tindakan AMANAH sendiri dalam menghadapi kes tersebut?

 Apakah nasib malang yang menimpa bekas aktivis parti lama ini dibiarkan tanpa sebarang pembelaan?

 AMANAH pernah membantu Mazlan Aliman melancarkan tabung derma ketika beliau berdepan kemungkinan diisytiharkan muflis akibat dikenakan denda RM500,000 kerana memfitnah Felda.

Begitu juga ketika Mat Sabu dikenakan saman RM 200 ribu Isu Projek Kad Pengenalan Sabah semasa beliau menjadi Timbalan Presiden PAS dulu. 

 Kita sanjung dan puji sikap prihatin dan kebertanggungajwaban AMANAH sebagimana yang tersebut. Syabas AMANAH!

 Janganlah hendaknya sikap tersebut hanya terbatas kepada mereka yang seperti Mazlan Aliman atau Mat Sabu yang merupakan pemimpin-pemimpin di peringkat nasioanal maka mereka mendapat pembelaan.

 Tetapi mereka yang hanya merupakan pemimpin kecil diperingkat kawasan dibiarkan terkapai-kapai sendirian tanpa pembelaan.

 Ingatlah bahawa mereka ini keluar Pas untuk menyertai AMANAH kerana terpikat dan cenderung memilih wadah perjuangan AMANAH dgn tawaran yang diwarwarkan – Rahmatan lil-‘Alamiin yakni untuk memberikan Keadilan dan Kesejahteraan.

 Parti Amanah Negara perlu prihatin dalam masalah mereka ini dan buktikan apa yang dikatakan itu bukanlah rethorik semata-mata.

ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
 Mafhum : Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [as-Saff :3]

Penampilan AMANAH sebagai wadah baru yang menawarkan Islam sebagai “Rahmat kepada Seluruh Alam” akan lebih dirasai rakyat seluruhnya jika ia benar-benar bertindak secara inklusif untuk memberikan Keadilan dan Kesejahteraan merentasi semua kaum, agama dan budaya; termasuklah kepada ahli sendiri.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :