Lagi hebat perbalahan yang wujud diantara Guan Eng dan Si Azmin Ali ni, lagi senang kerja Wan Azizah. Setidak - tidaknya, keadaan itu akan tambah merosakkan lagi reputasi Si Azmin tu.
Umum mengetahui bahawa kewujudan perbalahan dikalangan puak PKR pada ketika ini semakin bertambah kronik apabila pengaruh Kartel Azmin dikatakan semakin bertambah kuat.
Maka tak hairan la sekiranya Wan Azizah hanya sekadar mendiamkan diri apabil diajukan soalan berkaitan dengan perbalahan yang sedang berlaku diantara Azmin dan Guan Eng pada ketika ini.
Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Wan Azizah, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang adalah lebih penting bagi pembangkang ketika ini.
“Azmin yang komen, komen lah…paling penting bagi kami ialah memenangi pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang di sini Sabtu.
Kalau boleh, Wan Azizah didakwa mahu membiarkan keadaan itu berlarutan sehingga menyebabkan kemampuan Azmin menjadi diantara isu yang boleh dimanipulasi dimasa akan datang.
Malah sebelum ini pun, reputasi Si Azmin dikalangan pucuk pimpinan DAPigs memang sudah sedia tercalar. Nak pulak dikalangan pemimpin DAPigs didalam Negeri Selangor sendiri.
Ianya berpunca dari gerakan Langkah Kajang yang didakwa telah disabotaj oleh Azmin apabila dia melobi jawatan Menteri Besar Selangor dengan mengadakan rundingan bersama PAS.
Bagi DAPigs, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin itu dianggap sebagai satu Pengkhianatan kerana PAS sebelum ini membantah perlaksanaan agenda Langkah Kajang itu secara terbuka.
Bahkan pada ketika PAS buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pakatan pun, Azmin dilihat lansung tidak mempedulikan desakan DAPigs yang mahu menyingkirkan parti itu.
Sekiranya perbalahan itu berlanjutan, maka sudah pasti Azmin Ali tidak akan mendapat sokongan DAPigs jika dia cuba merampas jawatan Presiden PKR menjelang pemilihan akan datang.
Walaupun DAPigs tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menafikan kelayakan Azmin sebagai Presiden, namun pengaruh parti itu mampu untuk membuatkan Kartel Azmin berasa tergugat.
Jadi tak hairan la jika Si Wan Azizah kata dia tidak akan masuk campur dalam perbalahan diantara Azmin dan Guan Eng tu. Mungkin hanya dengan cara itu sahaja mampu membuatkan Kartel Azmin ni jahanam dengan sendirinya!!!