AZMIN ULANGI DESAKAN MAHU PINDAH KE PEKAN!!!

Untuk sekian kalinya, Si Azmin Ali ni dengan penuh rasa bongkak dan sombong menyatakan bahawa dia bersedia untuk berpindah ke Parlimen Pekan menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu tampil dengan kenyataan tersebut sewaktu ditanya berhubung khabar angin kononnya dia akan berpindah dan bertanding di Parlimen Ampang.


Si Azmin mendakwa, sekiranya dia tidak bertanding di Parlimen Gombak, maka langkah yang paling strategik adalah untuk berpindah ke kawasan Parlimen tempat YAB Datuk Seri Najib.

Ujar Azmin, sekiranya PKR tidak menyenaraikan nama dia bagi mempertahankan Parlimen Gombak, maka langkah strategik yang harus diambil adalah dengan meletakkan dia di Pekan.
“Kita kena menang semua, saya sudah sebut kalau saya nak pindah, saya tidak pindah ke Ampang. Kalau parti suruh saya pindah, dari segi strategi saya nak pindah Pekan,” katanya selepas merasmikan Karnival Inisiatif Peduli Rakyat di Kampung Baru, Batu Caves hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan Si Azmin itu dilihat seolah - olah mencabar kepimpinan partinya sendiri ekoran tercetusnya khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan berpindah ke Ampang.

Maka atas dasar itu, Azmin dicabar agar tidak menjadi seorang PENGECUT. Mari la bertanding di Parlimen Pekan jika dia benar - benar yakin dengan kenyataan yang dibuat. Dan PKR perlu mengambil langkah tersebut jika benar mereka mempunyai maruah. Bukan setakat pandai bercakap je!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :