GUAN ENG BUKAN PEDULI DENGAN UGUTAN SPRM???

SPRM menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan, susulan kenyataan yang dilaporkan New Straits Times (NST) semalam.

SPRM dalam kenyataannya semalam berkata dakwaan yang dibuat oleh Lim Guan Eng bahawa penahanan exconya, Pee Boon Poh sebagai “penahanan haram” adalah berunsur fitnah.
“Selepas meneliti audio dan video pertemuan Lim dengan pihak media pada 24 Ogos 2017 di Komtar, Pulau Pinang, SPRM mendapati Lim dengan jelas telah menggunakan perkataan ‘penahanan haram oleh SPRM’ apabila menjawab soalan wartawan berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu tersebut.
“SPRM memandang serius kenyataan ‘penahanan haram oleh SPRM’ dan beranggapan ia merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik SPRM serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM,” menurut kenyataan itu, merujuk kepada laporan “Sg Lembu illegal factory: Guan Eng claims ignorance over DoE’s letter to MPSP and Norlela”.
SPRM berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam penghakimannya tidak pernah menyatakan penahanan reman Phee sebagai “penahanan haram”.
“Lim digesa agar memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan ini dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.”
Dalam kenyataan sama, SPRM berkata pihaknya sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Ogos 2017 berikutan keputusan mahkamah itu membatalkan reman terhadap Phee.

Menurut SPRM lagi, memandangkan rayuan ini belum selesai dan dimuktamadkan, sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak berkaitan penahanan itu adalah subjudis dan boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :