ORANG RAMAI TAK PERCAYA PENAPIAN INI

Kerajaan dan UMNO parti yang mendukong kerajaan telah pun menjalankan berbagai kempen mencemarkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad setimpal dengan  serangan beliau yang tidak berselindong lagi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Tetapi oleh kerana kerakusan, ketidakadilan,kebiadapan media UMNO;akhbar, televisyen ,blog dan portal maka simpati orang ramai lebih kepada Tun Dr.Mahathir.

Bila tindak balas ini sampai keringkat menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kerugian Forex dan juga membangkitkan semula  kes Memali  yang berlaku  lebih 30 taun lalu maka semakin terserlah kepada umum bahawa ia lebih bermotifkan balas dendam politik yang tidak sesuai denga norma yang sihat  dan tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah kemerdekaan negara ini.

Rakyat yang waras dan berpendidikan dengan mudah dapat melihat ini sebagai pembuangan masa dan wang negara.

Kemerosotan pengedaran Utusan Malaysia dan  berita TV3 sehingga dianggap sebagai TV tiga suku oleh pengikut setia berpuluh tahun bukanlah kerana perkembangan media baru  tetapi kerana mereka tidak lagi dihidangkan  oleh amalan kewartawanan  yang sihat sebaliknya tidak beretika,kotor,murahan dan ada kalannya amat menjijikan.

Maka itu  dalam keadaan keruntuhan keyakinan awam ini kepada integriti dan kredibiliti media kerajaan maka sukarlah orang ramai untuk menerima penapian Kementerian Pendidikan bahawa ia tidak bertanggungjawab diatas penerbitan sebuah buku teks sekolah yang menyingkirkan nama Tun Dr.Mahathir dari senarai Perdana Menteri Malaysia..

Saya sendiri apabila  melihat sepintas lalu,berasaskan kepada kempen mencemarkan Mahathir selama ini maka saya terus percaya ini senghaja dilakukan untuk memadam nama Mahathir dari  sejarah negara ini.Tetapi apabila melihat gambar Najib diletakan nombor dua selepas gambar Perdana Menteri Tunku Abdul Rahan maka saya mulai meragukan kebenarannya.

Prasangka saya ialah ini reverse psychology yang dilakukan oleh musuh UMNO dan kerajaan untuk menambah  humilation terhadap Mahathir kerena mereka telah nampak kesan negatif yang sangat besar kepada UMNO dengan kempen memburukan Mahathir selama ini terutama sekali setelah Timbalan Perdana Menteri mendakwanya sebagai keturunan India.Tugas mereka ialah mencipta dan menambah lagi kempen memburukan Mahathir.

Orang ramai memandang sinis terhadap penapian Menteri Pendidikan Madzir Khalid .Mereka tidak percaya dan meanggapnya sebagai kepura-puraan sebab kerajaan dan UMNO diketahui mahu memadamkan jasa Mahathir selama 22 tahun kepada negara.

Untuk itu UMNO telah membuat lebih dahsyat  dari sekadar menyingkirkan Mahathir dari buku teks sekolah.Maka bagaimanakah rakyat boleh percaya kepada penapian Mahdzir Khalid.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :