Mesyuarat Biro Politik PKR yang berlansung selama tiga jam semalam tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PAS pada PRU akan datang.
Dalam kenyataan satu perenggan oleh Presiden PKR yang dibacakan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata PKR tetap komited untuk mengukuhkan gabungan Pakatan.
"Biro politik PKR hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa PKR komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14," kata Fahmi membacakan kenyataan Azizah itu.
Laporan juga mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang bercanggah pendapat mengenai rundingan bersama PAS, tidak hadir dalam mesyuarat.
Dalam masa yang sama, Wan Azizah ketika keluar daripada bangunan Ibupejabat PKR itu dilihat terus meluru ke keretanya dan enggan mengulas secara lebih lanjut soalan daripada pemberita.
"Kenyataan saya sudah dibacakan, malam ni saya nak pergi tengok bola. Selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia. Malaysia menang malam ni Insya-Allah," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Kenyataan ringkas itu membayangkan kepimpinan PKR seolah - olah telah GAGAL untuk menyelesaikan kemelut yang mencetuskan perbalahan serius di kalangan pemimpin parti itu.
Azmin sebelum ini dicanang sebagai "Pemimpin Utama" yang mahu menjalin semula kerjasama Politik dengan PAS untuk memastikan saingan dua penjuru menentang Barisan Nasional.
Dia dikatakan memperolehi mandat Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim namun usaha itu ditentang oleh Rafizi dan beberapa pemimpin lain termasuk Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Kem Rafizi menegaskan parti itu harus memberi komitmen penuh kepada Pakatan Harapan yang turut dianggotai oleh PPBM pimpinan Tun Mahathir serta dua musuh utama PAS, iaitu PAN dan DAPigs.
Azmin sebelum ini menolak desakan Rafizi mahukan PKR mengadakan sebuah kongres khas untuk memutuskan sama ada terus berusaha menjalin kerjasama dengan PAS atau sebaliknya.
Rafizi mendakwa cubaan pemimpin PKR memulihkan kerjasama politik dengan PAS sebagai hanya mengelirukan akar umbi PKR dan membelakangkan Pakatan serta mengesahkan hubungannya dengan Azmin semakin bertambah buruk!!!