PAS TAK HERAN PUN DENGAN KEPUTUSAN PAKATAN!!!

Keputusan muktamad Pakatan Haprak untuk mengekalkan pendirian tidak menjalinkan bekerjasama dengan PAS tidak memberikan sebarang makna kepada keutuhan parti berkenaan.

Ini kerana menurutnya, parti pimpinan Hadi Awang itu itu telah menolak kerjasama dengan PH sejak daripada awal penggabungan parti pembangkang berkenaan diwujudkan sebelum ini.
"Walaupun saya pemimpin di peringkat negeri dan pusat, saya ikut arahan kepimpinan PAS Pusat.
"Macam mana kepimpinan  PAS Pusat putuskan, kita kena ikut dan ahli-ahli PAS ini kita minta supaya sentiasa dengar arahan kepimpinan PAS Pusat," katanya.
Semalam Pakatan memutuskan untuk kekal dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keputusan itu dicapai oleh pemimpin Majlis Presiden Pakatan dalam mesyuarat yang telah diadakan di Ibu Pejabat PKR yang berakhir lewat tengah malam kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pakatan sedang dalam rangka mengatur strategi untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14, sekaligus memadam hasrat PKR untuk berunding dengan PAS.

Mengulas lanjut Ahmad Dusuki berkata PAS kekal dengan pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan sambil menegaskan bahawa tiada sebarang masalah untuk mendepani PRU14 dengan tiga penjuru.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :