KIMMA mahu bertanding PRU14, harap BN bagi kerusi



Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) komited untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) akan datang.
KIMMAPresiden KIMMAPresidennya Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata perkara itu telah diusulkan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) dan bergantung kepada beliau (Najib) sama ada KIMMA akan diberikan tempat yang dirasakan sesuai untuk calonnya.
Perkara ini diusulkan di kalangan perwakilan pada Konvensyen KIMMA Mei lalu dan kami berhasrat untuk meminta pucuk pimpinan BN memberikan ruang kepada calon parti kita dan hasrat ini telahpun saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib.
Kita hormat kepada pemimpin kerana itu kita serahkan kepada beliau, kalau beliau rasa ada kekosongan, ada tempat untuk diberikan kepada KIMMA dan yakin KIMMA ada potensi menang di kawasan berkenaan, katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan ke 17 di Seremban, hari ini.
Mesyuarat yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dihadiri kira-kira 372 perwakilan.

Beliau mengulas mengenai hasrat KIMMA yang menyeru pucuk pimpinan BN memberi ruang kepada calon parti itu bertanding bagi kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU14 akan datang.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata sebagai parti gabungan dengan Umno yang sekian lama berdiri bersama Barisan Nasional (BN), KIMMA tidak berhasrat untuk bertanding atas tiket bebas kerana parti itu akan tetap bersama Umno dan akan mengekalkan kedudukan itu.
Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya berharap agar KIMMA terus menjadi tiang yang kuat untuk membantu kerajaan BN sekaligus membantu rakyat.
KIMMA saya harap teruskan untuk bantu cari orang miskin, orang susah dan dalam masa sama jadi tiang yang kuat untuk membantu kerajaan BN.
KIMMA yang ditubuhkan pada 1976 kini mempunyai seramai 174,000 ahli di seluruh negara.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :