Pagi tadi di Pulau Pinang ketika merasmikan mesyuarat agung Umno Tasik Gelugor dan petang ini sekali lagi di mesyuarat agung Umno bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping.
"Saya akan wala' sepenuhnya kepada parti dan bos saya," kata Zahid ketika memberikan ucapan di Bukit Merah.
"Wala' saya tak payah siapa pertikai. Saya ada dalam Umno, pegang jawatan dalam Pemuda kerana Datuk Seri Najib," kata Zahid.
Katanya, beliau sudah lama dengan Najib bermula 1 Oktober 1987 apabila beliau dilantik menjadi setiausaha politik Najib.
"Insya-Allah, wala' itu akan tetap hingga ke hujung nyawa," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Zahid mempunyai jadual yang ketat sejak semalam, hari ini dan esok merasmikan mesyuarat agung bahagian Umno di Kedah dan Perak.
Semalam beliau merasmikan dua mesyuarat agung bahagian iaitu pagi di Sungai Petani dan petang di Kulim.
Pagi tadi beliau merasmikan mesyuarat agung Tasik Gelugor manakala petang ini bahagian Larut di Bukit Merah.
Pagi esok beliau akan merasmikan mesyuarat agung bahagian Telok Intan dan petangnya bahagian Bukit Gantang.
Sementara itu, perwakilan Umno bahagian Larut yang ditemui menyambut baik janji Zahid untuk wala' kepada parti dan Najib.
Read More / Baca Lagi >>