-
Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka. Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.
Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja.
Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.
Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa.
Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.
Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu.
Ada pegawai yang naik pangkat atau dapat jawatan walaupun tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang – tak malu.
Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.
Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu.
Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.
Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli.
Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
MENYESAL DENGAN TINDAKAN - ISTERI SALEEM TAMPIL MOHON MAAF "Saya amat menyesal dan mohon maaf kepada yang terkesan dengan kata-kata saya," demikian kata pengurus penyanyi Saleem iaitu isterinya, Jul… Read More...
KETUA ARMADA PPBM BERANI PECAT AHLI MELALUI TWITTER JE!!! Heh! Takkan setara itu je kot keberanian seorang pemimpin muda yang selama hari ini cukup gah mendabik dada mendakwa kononnya dia berani be… Read More...
ISU SKANDAL SUAMI - "DIA INGIN RAIH PUBLISITI MURAHAN" - ADIRA Semalam dengan bangganya suami kepada Adira Suhaimi dan Datin Red (Datin Syarifah Norshafila Hassim), Datuk Red mengaku pernah menjalinkan … Read More...
NURUL IZZAH: PROGRAM CERAMAH & DIALOG KAUM IBU PENENTU MASA DEPAN NEGARA Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie … Read More...
TUBUH RCI PRU1999, MANTAN SETPOL TUN M KATA MEREKA DIPAKSA SABOTAJ KERTAS UNDI LIM KIT SIANG & MENDIANG KARPAL SINGH Seorang mantan ketua agensi sekarang dah berumur 70an menceritakan bagaimana Setpol Tun M telah menipu pada tahun PRU1999 dahulu. Katanya, … Read More...