Seorang mantan ketua agensi sekarang dah berumur 70an menceritakan bagaimana Setpol Tun M telah menipu pada tahun PRU1999 dahulu. Katanya, Tun M telah mengarahkan supaya kertas-kertas undi disabotaj di Permatang Pauh dan kawasan parlimen Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh.
Dalam PRU1999 itu, barisan pembangkang telah berjaya menambah kerusi parlimen kepada 42 kerusi dan berjaya menawan Terengganu dan Kelantan. BN pula merosot 14 kerusi kepada 148.
Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh kalah. Dr Wan Azizah pula menang sangat tipis dan hampir-hampir tewas. Mantan Setpol Tun M itu menceritakan Tun M telah mengarahkannya supaya di ketiga-tiga kawasan itu disabotaj. Kertas-kertas undi telah disalahgunakan dan disabotaj untuk memastikan ketiga-tiga tokoh pembangkang itu tewas. Tun M mahu selepas Anwar dipenjarakan, ketiga-tiga tokoh ini juga mesti dibungkus dalam PRU1999.
Kata mantan Setpol Tun M, RCI PRU1999 PATUT DITUBUHKAN untuk menyiasat Kekalahan mengejut Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh dan kemenangan tipis Dr. Wan Azizah.