MAK LAMPIR TAKUT SUAMI KAHWIN LAIN!!!

Nampak gayanya, Si Mak Lampir ni sudah ketandusan idea untuk dijadikan sebagai modal jajaan Politik selepas dikaitkan dengan beberapa isu penyelewengan yang didedahkan kepada umum.

Walaupun pada hakikatnya Si Mak Lampir tu didakwa GAGAL menjaga kepentingan rakyat dikawasan Parlimennya sendiri, sekarang dia sibuk pulak nak masuk campur dalam urusan orang lain.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Wanita Pakatan Haprak tu mahu Kerajaan menggubal undang - undang bagi memastikan seorang lelaki yang mahu berpoligami mampu daripada sudut kewangan.

Alasan Si Mak Lampir tu, undang - undang itu adalah untuk memastikan hak - hak isteri pertama dan anak - anak tidak diabaikan apabila kebenaran untuk berpoligami diberikan kepada suami.
“Oleh yang demikian, Wanita PH menolak undang-undang yang menekan hak-hak wanita atas alasan remeh.
“Wanita PH percaya terdapat langkah-langkah lain yang boleh digunakan untuk memastikan perkahwinan didaftarkan tanpa mengugat hak-hak wanita lain sekaligus memastikan undang-undang digubal selari dengan hukum syarie sedia ada,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pendirian itu merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Kedah yang mahu menyelaraskan undang - undang syariah untuk hanya memaklumkan kepada isteri pertama jika suami berkahwin di luar negara dan persetujuan isteri pertama tidak diperlukan untuk perkahwinan tersebut.

Justeru, kata Si Mak Lampir tu lagi, beberapa faktor penting perlu diambil dan dipertimbangkan sebelum membenarkan seorang suami untuk berpoligami mengikut syariat Islam.

Dalam isu ini, walaupun kebenaran isteri pertama bukan satu kemestian namun persetujuannya adalah satu pra-syarat yang penting untuk menjamin kerukunan institusi kekeluargaan.
“Kebenaran ini adalah penting bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak seperti nafkah dan kebajikan terjamin dan terjaga.
“Isteri pertama harus dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk diambil keterangan tentang kelayakan suami berpoligami supaya konsep keadilan yang disebut dalam al Quran, Surah An-Nisa ayat 3 dapat dilaksanakan,” ujarnya.
Dari satu sudut, pendirian Si Mak Lampir ni seolah - olah cuba untuk menidakkan hukum syariat yang membenarkan seorang suami berpoligami secara halal. Mungkin Si Mak Lampir ni takut suami dia kahwin lain tanpa pengetahuan dia kot. Tu pasal la dia meroyan!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :