Abdul Murad memberitahu RCI bahawa beliau memberi taklimat kepada Anwar mengenai kerugian itu pada tahun 1994 semasa lawatan ke Hawaii.
Sivarasa berkata beliau terkejut bahawa panel RCI tidak menyoal Abdul Murad mengenai perkara tersebut memandangkan mereka seharusnya arif dengan urutan kejadian.
"Saya terkejut kerana anggota panel itu tidak menoalnya dengan betul kerana sesiapa sahaja yang sudah biasa dengan apa yang berlaku di Parlimen pada tahun 1993 dan 1994 akan mengetahui bahawa isu ini pernah dibangkitkan pada tahun 1993.
"Anwar selaku menteri kewangan telah mengulas isu itu di Parlimen pada tahun 1993 sementara Abdul Murad mendakwa memberi taklimat kepadanya hanya pada tahun 1994," kata Sivarasa kepada Malaysiakini.
Justeru, kenyataan Abdul Murad itu "tidak masuk akal", kata Sivarasa.
"Mungkin dia bukan yang pertama atau satu-satunya orang yang memberi taklimat kepada Anwar (mengenai perkara itu). (Tetapi) sebagai rekod, anda boleh semak Hansard.
Read More / Baca Lagi >>