Setakat ini, takde orang yang waras akan mengaku kesilapan dia secara terbuka. Tetapi, cubaan untuk menyembunyikan kesilapan itu dengan cara yang angkuh adalah satu perkara yang berbeza.
Maka, tak perlu la Si Azmin Ali ni nak berlagak bongkak dengan membuat dakwaan kononnya Rejim Pakatan Selangor dibawah kepimpinan dia bersih dan suci dari masalah rasuah.
Mungkin dia boleh menipu rakyat di Selangor dengan memberi geran bantuan itu dan ini sedangkan dia tak mampu nak menafikan fakta berhubung isu rasuah yang menyelubungi kepimpinannya.
Disebalik laporan serta pendedahan mengenai salah laku jenayah rasuah yang berleluasa di Selangor pada ketika ini, Si Azmin tu masih sanggup menipu rakyat Selangor secara terbuka.
Si Azmin tu cuba memberikan gambaran kononnya Rejim Pakatan Selangor yang dibawah kepimpinannya menangani gejala rasuah itu dengan lebih baik berbanding pihak SPRM sendiri.
"Kerajaan negeri merupakan kerajaan negeri pertama sahut usaha SPRM sambut amalan banteras rasuah. Bila kita dimaklumkan tentang cadangan untuk adakan IBR, kerajaan negeri maklumkan kepada SPRM bahawa IBR perlu ditambah baik.
"Apa yang telah dilakukan Selangor hari ini jauh lebih efektif untuk perangi amalan rasuah," ujarnya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2017' di Pusat Konvensyen Setia Alam, hari ini.
IRONIKnya, setiap laporan dan pendedahan yang dibuat melalui media berkaitan dengan gejala rasuah di Selangor sering kali didakwa sebagai satu 'Serangan' terhadap kepimpinan Si Azmin tu.
Sebagai contoh, dakwaan kononnya wujud 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim pimpinan Azmin yang dibuat oleh Rafizi serta serbuan pihak SPRM ke pejabat MBI baru - baru ini.
Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu membuktikan bahawa dia hanya sekadar cuba nak menipu dirinya sendiri dari apa yang sebenarnya berlaku depan mata. Dia cuba nak tutup bangkai gajah dengan daun pisang sedangkan baunya boleh dihidu serata dunia!!!