Tiba sahaja di tanah air daripada luar negara malam ini, Najib terus memulangkan paku buah keras kepada bekas perdana menteri keempat itu yang kini memimpin gabungan pembangkang.
“Saya nak beritahu, masa dia PM, dia nak jumpa (presiden Amerika Syarikat ketika itu George W) Bush.
“Malam ini saya nak beritahu, saya nak cerita bahawa Dr Mahathir membayar pelobi berjuta-juta ringgit,” kata Najib kepada orang ramai yang menyambut ketibaannya di Kompleks Bunga
Raya dekat lapangan terbang KLIA di Sepang.
Bagaimanapun, ejek Najib lagi, walaupun berjuta-juta ringgit telah dibayar, layanan yang diterimanya tidak sama.
“Tapi Dr Mahathir tak dapat sambutan macam saya” katanya.