Pakatan Harapan mungkin hampir menyelesaikan rundingan agihan kerusi dalam gabungan itu, tetapi bekas rakan seperjuangan, Parti Sosialis Malaysia (PSM), merasa tidak senang kerana ia telah dipinggirkan dalam rundingan tersebut.

Ia adalah satu situasi yang membuat MP tunggal PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj menjadi bingung, memandangkan sokongan parti itu telah diberikan kepada parti komponen HARAPAN pada masa lalu.
"Kami telah bersama mereka dalam semua perjuangan utama, menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)... Kami adalah sekutu mereka.
"Sekiranya anda boleh memasukkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang pemimpinnya yang anda tentang selama bertahun-tahun, (dalam gabungan dan rundingan anda), kenapa tidak PSM?
"Apa yang telah dilakukan oleh PSM yang begitu teruk sehinggakan anda tidak boleh menimbang untuk bekerjasama dengan kami dalam gabungan anda?" kata Jeyakumar kepada
Malaysiakini.
PSM kini bersedia untuk bertembung dengan HARAPAN dalam pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang, dengan DAP sudah mengumumkan rancangan untuk bertanding di kerusi Sungai Siput yang diwakili Jeyakumar.
Pada 2013, PSM bertembung dengan DAP di Jelapang, dan dengan PKR di Semenyih. Ia juga bertembung dengan PAS - sekutu Pakatan Rakyat ketika itu - di Kota Damansara. PSM kalah dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut.
Kali ini PSM telah menambah jumlah kerusi yang ia rancang untuk bertanding hingga 20 kerusi, dan jika tidak ada pilihan, parti itu akan memaksa pertandingan tiga penjuru.
"Bola berada di gelanggang mereka, pilihan kita sama ada untuk tutup kedai atau bertanding dalam pilihan raya... Jika kami hanya mahu jadi aktivis, kami tidak akan tubuh parti," kata Jeyakumar.
'Boleh berkompromi'
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkem… Read More...
PRN Sabah : Tiada Kerusi Untuk PAS, Game PPBM Atau Game UMNO?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan… Read More...
Terbongkar, Sijil Shafie Apdal Palsu?
Isu sijil, diploma, ijazah palsu dan tipu memang sinonim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.
Tidak kira pemimpin Pakatan Harapan d… Read More...
Rancangan Shafie Dan Dr Mahathir Ke Atas DS Najib Terbongkar
Sewaktu mengumumkan pembubaran DUN Sabah, Presiden Warisan, Shafie Apdal, kelihatan sangat yakin keputusan tersebut akan membawa ke… Read More...
Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke 57
Hari ini kita menyambut Hari Malaysia yang ke 57.
Seperti yang telah diumumkan, sambutan Hari Malaysia yang bertemakan Malaysia Prih… Read More...