Mungkin ramai yang dah terlupa mengenai isu berkaitan dengan penyelewengan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAPigs yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini.
Pendedahan mengenai penyelewengan dalam pemilihan itu diumumkan sendiri oleh Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (RoS) hasil laporan serta aduan dari kalangan ahli parti itu sendiri.
Pendedahan itu secara tidak lansung memungkin DAPigs bakal diharamkan oleh RoS dan juga berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Tapi dalam masa yang sama, DAPigs dilihat sengaja melengah - lengahkan arahan yang dikeluarkan oleh RoS untuk mengadakan semula pemilihan parti itu seberapa segera yang mungkin.
Tindakan DAPigs itu telah membangkitkan rasa kurang senang dikalangan ahli - ahli parti tersebut diperingkat akar umbi yang masih mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti.
Terbaru, DAPigs terus didesak agar mengumumkan senarai nama berserta nombor keahlian perwakilan yang didakwa layak mengundi sewaktu pemilihan Jawatankuasa CEC parti sebelum ini.
Anggota DAPigs Cawangan Bagan Luar, M. Sarawana berkata, sehingga hari ini pucuk pimpinan parti belum menyiarkan nama mana-mana perwakilan berserta cawangan yang mereka wakili.
"Kami sudah mohon DAP (umumkan senarai nama untuk) pemilihan semula anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). DAP harus umumkan perwakilan yang layak mengundi semasa pemilihan DAP pada 2012, " katanya pada sidang media di sini, hari ini .
Katanya senarai tersebut sepatutnya diberi mengikut negeri dan cawangan masing-masing bagi memastikan pemilihan semula dijalankan dengan telus dengan mengguna pakai senarai pada tahun 2012 supaya kesahihan pemilihan tidak lagi dipertikai.
Tambah Sarawana, DAPigs perlu mematuhi arahan RoS dan perlembagaan parti, bukannya mengikut telunjuk pemimpin - pemimpin tertentu yang telah menjatuhkan imej parti tersebut.
"Anggota-anggota DAP patut berwaspada dengan golongan yang sentiasa memperdaya tipu muslihat mereka kononnya mereka membuat keputusan demi parti tetapi sebenarnya tindak tanduk mereka kelihatan menjurus ke arah mempertahankan kepentingan pihak tertentu," katanya.
Bayangkan. Bagaimana mungkin DAPigs boleh berbangga dengan prestasi mereka untuk menjadi pengganti kepada Kerajaan Pusat sekiranya isu berkaitan dengan parti sendiri pun mereka GAGAL selesaikan? Kalau macam ni gayanya, alamat jahanam Negara dibuatnya!!!