MIC bantah Umno mahu hapuskan kuota parti


Walaupun lima kerusi Parlimen ditandingi calon MIC gagal dimenangi pada pilihan raya umum lalu, parti komponen BN itu bertegas mahu sistem kuota bagi pengagihan kerusi dikekalkan.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya mahu mempertahankan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
MIC bantah Umno mahu hapuskan kuota parti“Apa (kerusi) yang untuk mereka (parti komponen lain), milik mereka. Apa yang untuk kami, milik kami. Saya percaya itu formula yang bagus untuk parti (BN),” dipetik Berita Harian hari ini.
Menurutnya, bukan amalan MIC bertukar kerusi ditandingi pada pilihan raya melainkan jika pertukaran diputuskan pemimpin tertinggi BN.
“Misalnya, walaupun sesuatu kawasan itu majoriti Melayu, selagi ia milik MIC, maka MIC akan bertanding kecuali perubahan itu dibincang dan dipersetujui pada peringkat Dewan Tertinggi BN,” tegas Menteri Kesihatan itu.
Pendirian berbeza pula disuarakan oleh MyPPP iaitu satu lagi parti komponen BN yang sinonim dengan masyarakat India sebagai kelompok sasarnya.
Presiden MyPPP, Tan Sri Dr M Kayveas berkata, pihaknya menolak pemilihan calon berasaskan kuota kerana polisi itu dianggap hanya melemahkan BN.
Menurutnya, calon bertanding wajar dipilih mengikut pengaruh di sesuatu kawasan terutama yang datang atau membesaar di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya umum pada 2013 lalu, MIC hanya menang di empat daripada sembilan kerusi ditandingi manakala MyPPP kalah di kerusi tunggal ditandingi.
Parti-parti kecil India yang mesra BN tetapi belum diiktiraf secara rasmi sebagai komponen BN adalah Makkal Sakti diketuai Datuk R.S.Thanenthiran, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) diterajui Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dan Parti India Bersatu Malaysia (MUIP).
Sementara itu, MCA sebagai parti komponen BN kedua terbesar selepas Umno hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen ditandingi.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menjangkakan pemilihan calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lagi berdasarkan kuota parti.
Sebaliknya, Naib Presiden Umno itu menyatakan keutamaan akan diberi berdasarkan faktor calon boleh menang dan disukai pengundi di sesebuah kawasan.
Sebelum ini, kajian ahli akademik mendapati faktor calon menyumbangkan kejayaan BN dalam pilihan raya kira-kira 60 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: