Berbulan-bulan WSJ, New York Times dan di Malaysia Malaysikini memberi gambaran-gambaran buruk lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat. Kemudian banyak gambaran songsang diberi kononnya PM kita akan ditangkap oleh FBI ler, kononnya akan di bawah ke pengadilan DOJ ler...Itulah kerja mereka bertujuan supaya rakyat Malaysia terpedaya. Nasihat kita jangan percaya portal pembohong seperti Malaysiakini, lihatlah apa dah jadi kepada Rafizi Ramli hari ini, rosak dan merosakkan PKR dan dirinya.
MB Azmin Ali dalam Biro Politik khabarnya mencadangkan nama Rafizi tidak digunakan dalam PRU14 kerana telah merosakkan imej PKR apabila cadanbgan Rafizi supaya harga minyak diiubah setiap minggu telah mengakibtakan rakyat menderita. Malah pergaduhan Rafizi dengan team Latheefa Koya sangat menjelekkan. Apatah lagi surat-surat tipu Anwar Ibrahim dari penjara semua khabarnya datang dari Invoke yang menipu.