Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.
Beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah di kawasan bandar berdasar penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.
"Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, " katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu di Kota Bharu, malam tadi.
Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
MCA sembang lebat, kerja tak buat… Read More...
BUBAR PAS ATAU GANTI HJ HADI Oleh Tamrin Tun Ghafar 1. Sejarah kewujudan PAS terukir apabila Dato Onn Jaafar meletak jawatan sebagai Yang Di Pertua dan sekaligus… Read More...
Semakin ramai veteran UMNO bersuara kritik ‘usaha’ lindung penyelewengan 1MDB… Read More...
DAP lancar tabung gempur Parlimen Ayer Hitam… Read More...
Aktivis Bersih Shanghai kembali ke tanah air, sertai DAP… Read More...