RAFIZI TERUS JADI "MANGSA BELASAHAN" KARTEL AZMIN!!!

Ketua Penerangan PKR menyindir kenyataan Rafizi supaya berani menamakan individu yang didakwa memberi maklumat palsu kepada media dengan menyamar sebagai “sumber dalaman”.
“Jika anda mahu bercakap sesuatu, buat secara jujur. Biar semua orang tahu itu pendirian dan pendapat anda. Tanpa sebarang keraguan,” kata Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.
Selain itu, dia juga berkata, tindakan bercakap kepada media mengenai hal ehwal dalaman parti secara dengan menyamar sebagai “sumber” akan menjejaskan kredibiliti PKR dimata rakyat.

Semalam, Rafizi menggesa PKR mengambil tindakan ke atas beberapa pemimpin yang menurutnya kerap memberikan maklumat tidak benar kepada media sambil “berselindung di balik sumber dalaman parti”.
“Selagi 2-3 orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru,” katanya merujuk badan pembuat keputusan tertinggi dalam PKR.
Selasa lalu, Rafizi mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR dan mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik PKR berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Susulan itu, Sin Chew Daily memetik “sumber dalaman” mendakwa PKR mengambil tindakan disiplin dengan memberi amaran kepada Rafizi. Ia kemudiannya dinafikan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR itu juga turut menyifatkan amalan pemimpin parti yang suka bercakap kepada pihak media dengan menyamar sebagai “sumber dalaman” ialah tindakan tidak bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, rakan sejawatan Rafizi, Xavier Jayakumar juga turut menyalahkan spekulasi kenyataan media yang dibuat oleh Rafizi mengenai siri tuduhan itu perlu dihentikan.
“Bagi saya, ia adalah ‘mischievous’ kerana beliau langsung tidak tahu dan sekadar menuduh orang lain. Saya rasa beliau perlu menghentikannya,” kata Xavier yang merupakan seorang daripada 4 naib presiden PKR.
Dalam erti kata lainnya, kedudukan Si Rafizi tu sejak kebelakangan ini semakin terjejas teruk akibat pendedahan yang dikeluarkan sebelum ini. Mungkin siri 'belasahan' ini dapat mengajar Si Rafizi tu mengenal erti peribahasa, Cakap Siang Pandang - Pandang, Cakap Malam, jangan buat - buat buta pulak!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :