SUARAM LABEL PEMBELA TUN M SEPERTI PENYOKONG HITLER!!!

Penasihat Suaram tampil mengutuk tindakan beberapa pemimpin Pakatan yang ghairah membela Tun Mahathir daripada sebarang kesalahan terhadap Operasi Lalang yang berlaku pada 1987.

Katanya kesediaan mereka melupakan siapa yang menjadi dalang di sebalik penangkapan lebih 100 rakyat Malaysia di bawah Akta ISA itu, ibarat membela Adolph Hitler yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.
“Ia seperti mengatakan Hitler tidak ada kena mengena dengan peperangan itu dan ia tercetus kerana fasisme dan oleh itu, Hitler tidak perlu meminta maaf,” katanya dalam majlis memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Lalang yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Tun Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan mendakwa Ops Lalang adalah keputusan Polis dan dia kononnya membantah operasi tersebut sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa itu.

Kua bagaimanapun sekali lagi menuntut Tun Mahathir memohon maaf kerana didakwa menjadi dalang di sebalik Operasi Lalang, walaupun pada ketika ini dia sudah bersama pembangkang.
“Jika Dr Mahathir adalah pemimpin aktif dalam Umno, kami tidak mengharapkan dia memohon maaf.
“Tetapi jika pilihan raya umum akan datang adalah pertempuran antara gabungan pembangkang dan Barisan Nasional (BN), dan Dr Mahathir memimpin PH, maka dia harus membuktikan dia seorang demokrat yang dilahirkan semula. Jika tidak, mengapa kita harus mengundi PH?”
Namun dalam masa yang sama, Kua juga juga turut mempersoalkan mengapa begitu sukar untuk Tun Mahathir memohon maaf secara terbuka sedangkan dia bertanggungjawab terhadap operasi tersebut.
“Kami tidak meminta ganti rugi walaupun saya yakin Dr Mahathir mempunyai banyak wang,” katanya. “Hanya minta maaf. Adakah begitu sukar?”
Operasi itu menyaksikan penahanan lebih 100 orang termasuk aktivis, ahli politik, intelektual, pelajar, artis, saintis dan lain-lain yang ditahan tanpa perbicaraan di bawah ISA.

Tindakan keras itu berlaku ketika Umno berpecah menjadi 2 kumpulan yang bertentangan. Satu kumpulan diketuai Dr Mahathir dan satu lagi diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Antara tahanan ISA yang terkenal ialah Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh, Naib Presiden MCA Chan Kit Chee, Ketua Pemuda PAS Halim Arshat, Ahli Parlimen Umno Pasir Mas Ibrahim Ali dan Exco Biro Pendidikan Pemuda Umno Mohamed Fahmi Ibrahim.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :