KENAPA RCI FOREX TIDAK BERANI MASUKKAN LAMPIRAN ATAU HUJAH BERTULIS TUN MAHATHIR?

"LAPORAN" & REKOMENDASI SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 BUKAN LAPORAN LENGKAP - SENGAJA TIDAK MEMASUKKAN PERMOHONAN BERTULIS & PENGHUJAHAN BERTULIS PIHAK TUN DR MAHATHIR BERJUMLAH 495 MUKASURAT TEBAL !!

KERAJAAN NAJIB RAZAK & SEKRETARIAT SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) MEMBUAT SALAHNYATA CURANG KEPADA ISTANA, PARLIMEN & RAKYAT DENGAN TIDAK MENDEDAHKAN DALAM "LAPORAN" BAHAN TUN DR MAHATHIR UNTUK PEMBACAAN LENGKAP ORANG AWAM !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Saya telahpun melalui Siri : 1168 memberi komen awalan berhubung kecacatan,kelemahan dan kekhilafan PENEMUAN & REKOMENDASI di dalam "Laporan" SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 yang dibentang di Parlimen pada 30.11.2017, yang mana juga telah dipetik oleh FREEMALAYSIATODAY 30.11.2017 bertajuk "Laporan" RCI tidak boleh dipercayai, kata peguam Dr M", dan telah dimuat naik di Siri: 1162, di sana, untuk kemudahan rujukan para pembaca.
(Link Laporan : http://ift.tt/2neO56p)

2. Petang semalam, 30.11.2017 juga, saya telah dihadiahkan dengan sesalinan "Laporan" SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 itu (Gambar di Ruang Bawah Kiri oleh seorang sahabat media. "Laporan" itu, dalam versi BAHASA MALAYSIA berjumlah 523 mukasuarat.

3. Namun, dalam pengamatan saya, "Laporan" itu dengan SENGAJA telah tidak mengandungi kesemua bahan yang telah ditampilkan oleh kami, peguam bagi pihak TUN DR MAHATHIR, samada melalui permohonan bertulis yang telah diketengahkan semasa prosiding SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) itu, mahupun Hujahan Bertulis berserta Ikatan Autoriti (Gambar di Ruang Bawah Tengah dan Kanan) yang telah dimajukan kepada Sekretariat SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) di hujung prosiding pada 21.09.2017, seperti yang telah diarahkan oleh Pengerusi SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) pada 19.09.2017. Keseluruhan bahan pihak TUN DR MAHATHIR itu adalah berjumlah 495 mukasurat, yakni setebal "Laporan" yang disediakan ini !!

4. Pihak Sekretariat SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) telah menampilkan cuma  rumusan permohonan-permohonan TUN DR MAHATHIR secara RINGKASAN SALAH, dalam 3 setengah mukasurat sahaja !!!, berserta Penyata Saksi Bertulis TUN DR MAHATHIR, tanpa transkrip keterangan lisan yang diberi TUN DR MAHATHIR semasa disoal oleh ahli panel dan Pegawai Pengendali RCI !!!

5. PERSOALAN WAJIB ??

(a) Bagaimanakah orang awam yang memilih untuk membaca keseluruhan PENEMUAN & REKOMENDASI di dalam "Laporan" SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017, dapat YAKINI bahawa keputusan itu adalah sah atau betul, sedangkan 495 mukasurat bahan yang ditampilkan oleh TUN DR MAHATHIR, telah secara SENGAJA dan CURANG didapati telah diHILANGkan dari terkandung dalam "Laporan" itu ?? !!

(b) Bukankah boleh dirumuskan bahawa TANPA dimasukkan kesemua bahan yang ditampilkan oleh TUN DR MAHATHIR, di dalam "Laporan" SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) 13.10.2017 telah menjadikan "Laporan" itu sebagai CACAT dan TIDAK LENGKAP, sehingga memberi andaian seolah-olah TUN DR MAHATHIR telah tidak melakukan apa-apa untuk menidakkan PENEMUAN & REKOMENDASI oleh SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) terhadap beliau ?? !!
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: