Oleh Abe Awang Malaya
Kira-kira 15 tahun yang lalu, tarikh tepatnya saya tak ingat, telah berlaku accident di Kg Rusila, dekat kepala simpang nak masuk ke Medan Jaya.....
Dalam kemalangan itu, dua orang mat rempit meninggal dunia.... Seorang ialah orang UMNO, penduduk perumahan Medan Jaya, manakala seorang lagi ialah orang PAS, anak kepada drebar tok guru sendiri.
Masa urusan solat jenazah tok guru tak datang, tapi dia pergi ke kubur ketika urusan pengkebumian sedang dijalankan, untuk membaca doa di atas kubur selepas jenazah ditanam.
Masa tok guru dan pengiringnya sampai di kubur, urusan pengkebumian bagi jenazah orang PAS sedang dijalankan, tetapi jenazah orang UMNO itu telah selesai.
Jadi, salah seorang pengikut PAS, namanya Man, orang panggil dia 'Man Mimbar' sebab dia suka menyibuk bila di masjid walaupun tak pegang jawatan apa-apa, sampai ke peringkat dia selalu naik atas mimbar masjid untuk tolong pegang jubah tok guru walau pun tidaK disuruh.
Masa di kubur tu Man Mimbar kabo ke tok guru : "Dah hak ni selesai dah, baca doa hak ni dulu lah..."
Maksudnya Man Mimbar minta tok guru bacakan doa di kubur orang UMNO dulu lah.... Tak pasal-pasal Man Mimbar kena jerkah :
"Biar se se lah...!!!" [Maksudnya, biar satu-satu lah, dia nak doa kubur orang PAS dulu, anak drebar dia sendiri].
Bila mayat orang PAS itu selesai ditanam dan dibacakan talqin untuk mengajar mayat cara-cara menjawab soalan Malaikat Munkar Nakir, tok guru pun berdoa di atas kubur sambil diaminkan oleh semua yang hadir.
Selesai berdoa, tok guru dan pengiringnya nak balik..... Man Mimbar pun kabo lagi sekali : "Hak sana lah pulak."
Tok guru tanya dengan kuat : "Hak sana tu, orang kita ke orang dia...???"
Salah seorang yang berdiri di sebelah tok guru ialah Ustaz Fouzi... Dia jawab : "Orang dia...."
Tok guru kata ke Man Mimbar : "Hor dah....???" [Maksudnya, tok guru kata ke Man, dah tu..? Kalu orang dia, kita nak tulong ddoa wat mende...?]
Tok guru dan pengiringnya terus berjalan keluar dari kawasan kubur dan pergi ke keretanya.....
Itu lah tok guru yang bila diajukan soalan tentang takfiri, dia selalu memberikan jawapan :
"Saya tidak pernah mengkafirkan orang UMNO.... Saya hanya mengajar batas-batas iman dan kufur...!"
Itu lah dia.....