REJIM GUAN ENG HALANG ADUN PKR BERI BANTUAN BANJIR!!!

Heh! Memang dasar tak sedar diri sungguh Si Lim Guan Eng ni. Masa nak dapatkan bantuan hari tu bukan main lagi dia menangis memohon simpati dari Kerajaan Barisan Nasional.

Bila dah dapat bantuan, dia dakwa kononnya Kerajaan Pusat takde bagi sebarang peruntukan pun kepada dia sedangkan dah banyak yang diberikan kepada mereka sebelum ini.

Sekarang, bila dia sendiri umum kata nak bagi rakyat bantuan kewangan sebanyak RM 700, dia tak nak serahkan bantuan itu kepada ADUN agar ianya dapat disampaikan kepada rakyat.

Disebabkan kerana itu ADUN PKR Kebun Bunga merasa kecewa dengan arahan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng yang melarang dia memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.
“Ketika saat genting ini, saya terkejut apabila dilarang membantu rakyat melalui tindakan yang tidak praktikal dan tidak berperikemanusiaan ini.
“Saya tidak fikir mana-mana kerajaan yang waras dan logik akan melarang wakil yang dipilih secara demokratik daripada membantu rakyat.
“Saya tidak tahu idea siapa ini yang melarang kami daripada membantu mereka,” kata Cheah kepada pemberita di pusat khidmatnya hari ini.
Katanya, larangan itu diberikan kerana ADUN PKR tersebut adalah salah seorang daripada lima wakil rakyat PKR yang dilabelkan oleh Lim Guan Eng sebagai penentang pentadbirannya.

Guan Eng dalam kemaluannya mengakui ADUN tersebut dilarang memberi bantuan RM700 kepada mangsa banjir dan penyerahan itu akan dibuat oleh ADUN DAPigs Pulau Tikus.
“Selepas berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri, kami memutuskan untuk membuat perubahan bagi memastikan rakyat Kebun Bunga tidak dipinggirkan. Ia adalah perubahan prosedur.
“Malahan, saya sendiri akan memberi bantuan dengan Yap kepada semua mangsa banjir. Itu sahaja saya boleh kata setakat ini. Biar kami beri bantuan banjir kepada semua mangsa banjir dan kita boleh bercakap perkara ini selepas 2 Disember,” kata Guan Eng semasa sidang media di Pulau Pinang hari ini.
Terdahulu, media mendedahkan sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha Negeri yang memberitahu ADUN berkenaan tidak dibenarkan untuk mengendalikan pemberian bantuan kepada mangsa banjir.

Dari satu sudut, memang selayaknya Si ADUN PKR tu menerima tindakan sedemikian. Siapa suruh dia percaya sangat dengan Si Tokong DAPigs ni? Sekarang baru dia tau siapa Lim Guan Eng tu.

Namun apa yang jelas, tindakan Rejim Lim Guan Eng itu sekaligus membuktikan bahawa pemimpin DAPigs ini memiliki dendam kesumat terhadap mereka yang tidak sealiran dengannya walaupun PKR tu merupakan rakan kongsi DAPigs dalam Pakatan!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :